Berita Semarang Raya Jateng Nasional Ekonomi Edukasi Entertainment Features Games & eSports Sport Sepakbola Khazanah Lifestyle Tekno Traveling Otomotif Parenting Rubrik Event Foto

Zohran Mamdani: Wali Kota New York Muslim Pertama yang Mengguncang Dunia dengan Solidaritas Palestina

Tasropi • Rabu, 5 November 2025 | 18:20 WIB
Zohran Kwame Mamdani
Zohran Kwame Mamdani

RADARSEMARANG.ID,  – SESUAI prediksi banyak orang, Zohran Kwame Mamdani menang besar dalam pemilihan Wali Kota New York, menjadi wali kota pertama yang beragama Islam.

Kemenangan Zohran Mamdani ini bukan saja mencatat sejarah bagi kota terbesar di Amerika Serikat, tetapi juga menggemparkan dunia, karena sikap politik Mamdani yang tegas, terutama dalam mendukung perjuangan Palestina.

Latar Belakang Mamdani

Mamdani, berasal dari keluarga Gujarat, India, dilahirkan di Uganda setelah keluarganya berpindah ke Afrika, dari Uganda ke Afrika Selatan, sebelum akhirnya menetap di New York. 

Karena lahir di luar Amerika, Mamdani tidak layak mencalonkan diri sebagai presiden AS, tetapi itu tidak menghalangnya mencipta gelombang besar sebagai wali kota.

Walaupun tugas wali kota lebih fokus pada urusan kota—seperti infrastruktur, keselamatan awam, dan perkhidmatan kota—New York sebagai pusat ekonomi dunia menjadikan pemilihan ini sorotan global.

Janji Berani yang Menggemparkan

Mamdani mencuri perhatian dengan janji kontroversialnya untuk mematuhi putusan Mahkamah Kejahatan Internasional (ICC) dan menangkap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, jika hadir di Konferensi PBB di New York.

Namun, janji ini lebih bersifat retorik karena wali kota tidak memiliki kuasa untuk melaksanakan putusan ICC.

Amerika bukan penandatangan Statuta Roma, jadi ICC tidak berkuasa di negara ini.

 Baca Juga: Populasi Tak Terkontrol, Spesies Ular Asli Asia Tenggara ini Jadi Hama Invasif di Amerika Serikat

Selain itu, urusan imigrasi dan keamanan internasional merupakan kewenangan pemerintah pusat, bukan pihak berwenang daerah seperti wali kota.

Meski begitu, retorika Mamdani telah membakar semangat gerakan solidariti Palestina di seluruh dunia.

Kemenangannya sebagai sosok yang vokal menentang kekejaman Zionis dianggap luar biasa, terutama kerana New York sering dilihat sebagai simbol kuasa Amerika.

Berpijak pada Ideologi Sosialis Demokratik

Identiti Mamdani sebagai Syiah mungkin menarik perhatian, tetapi dukungannya terhadap Palestina lebih didorong oleh ideologi sosialis demokratiknya.

Sebagai anggota Parti Demokrat yang condong ke sosialisme, Mamdani sehaluan dengan tokoh seperti Bernie Sanders dan Alexandria Ocasio-Cortez, yang juga rakan seperjuangannya.

Kelompok sosialis demokratik ini dikenal kerana kritik mereka terhadap dasar luar Amerika yang bersifat imperialis, termasuk sokongan kuat AS kepada Israel.

Mereka juga mendukung gerakan Boikot, Pelupusan, dan Sekatan (BDS) untuk menekan Israel menghentikan jenayah perang terhadap rakyat Palestina.

Namun, Mamdani memiliki pandangan yang lebih radikal.

Beliau menyokong penyelesaian "satu negara" (one-state solution), yaitu sebuah negara demokratis sekular di mana Yahudi, Arab, dan semua etnik Palestina hidup bersama dengan hak yang setara.

Ini berbeda dengan pendirian kebanyakan sosialis demokratik yang masih mengakui kewujudan Israel dan menyokong penyelesaian dua negara.

Reaksi dan Kontroversi

Kemenangan Mamdani memicu kemarahan penyokong tegar Zionis di Amerika, termasuk bekas Presiden Donald Trump. Sebagai putera New York yang membina empayar perniagaannya di kota ini, Trump melihat Mamdani sebagai ancaman kepada kepentingan kapitalisnya.

Dasar-dasar sosialis Mamdani, seperti taska dan bas percuma yang dibiayai melalui pajak pada golongan kaya, dianggap boleh mengganggu perniagaan Trump dan sekutunya.

Tambahan pula, sikap liberal Mamdani dalam isu sosial, termasuk sokongan kuat terhadap komuniti LGBTQ+ dan usaha menjadikan New York sebagai "tempat selamat" bagi golongan ini, bertentangan dengan nilai-nilai konservatif Trump.

Trump bahkan mengancam tidak akan menyalurkan dana persekutuan kepada New York di bawah pentadbiran Mamdani, walaupun kuasa sebenar untuk dasar ini terletak pada Kongres.

Makna bagi Perjuangan Palestina

Secara realistis, kuasa Mamdani sebagai wali kota terbatas pada urusan kota dan tidak meliputi dasar luar.

Namun, kemenangannya dilihat sebagai kemenangan besar bagi faksi sosialis demokratik dalam Parti Demokrat.

Faksi ini semakin mendapat sokongan, terutama dari generasi muda (Gen Y dan Gen Z), yang menolak pendekatan pro-Israel golongan "Establishment" seperti Joe Biden dan Kamala Harris.

Kekalahan Harris dalam pemilihan presiden baru-baru ini dan prestasi buruk pentadbiran Biden telah melemahkan Establishment, membuka peluang untuk sosialis demokratik seperti Mamdani mengukuhkan pengaruh mereka.

Jika faksi ini akhirnya mendominasi Parti Demokrat dan menguasai Kongres atau Rumah Putih, dasar luar Amerika mungkin berubah secara signifikan, termasuk pengurangan sokongan kepada Israel.

Ini selari dengan pandangan bahawa hegemoni Amerika boleh dilemahkan dari dalam melalui perpecahan politik dalaman, sebuah strategi yang juga digunakan oleh kuasa seperti China melalui propaganda dan perang maklumat.

Kemenangan Mamdani bukan sekadar kejayaan peribadi, tetapi simbol kebangkitan faksi progresif yang menentang status quo.

Walaupun identiti Syiah dan sokongannya terhadap LGBTQ+ mungkin memicu perdebatan, fokus utama adalah peranannya sebagai sekutu strategik dalam solidariti global untuk Palestina.

Seperti dibincangkan dalam buku ADIKUASA, kejatuhan hegemoni Amerika mungkin bukan melalui kekalahan ketenteraan, tetapi keruntuhan dalaman akibat perpecahan ideologi.

Kemenangan Mamdani adalah langkah kecil tetapi penting dalam "permainan panjang" ini, dan patut diraikan sebagai sebahagian daripada perjuangan global yang lebih besar.

Editor : Tasropi
#Zohran Mamdani #wali kota new york